Peringatan Untuk Kita semua..!!!





Pages

Friday, July 30, 2010

BermulaNya...Bekerja...

Salam Satu Ukhuwah dan Permulaan....(^_^)
Pada 26hb Julai 2010......
selepas 2bulan aku tamat pengajian dalam jurusan PERAKAUNAN di sebuah Kolej yang terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan...akhirnya,impian aku tuk bekerja tercapai...pekerjaan yang sangat mulia...iaitu sebagai 'CIKGU'...Pada tarikh ni aku mula mengajar tuk menggantikan tempat cikgu yang bercuti balik ke negara asal beliau(biarlah rahsia)...Memang rumit...KENAPA???...aku kena mengajar subjek Bahasa Inggeris@English...selama 3hari aku menjadi cikgu GANTI...kelas yang aku perlu masuk dan ajar...kelas 1P,3P dan 3L...sekolah yang aku mengajar ni kelas lelaki perempuan 'separate'...kelas yang mula-mula aku masuk(jam12:35-1"05), kelas 3P...aku ingatkan senang je nak 'control' pelajar-pelajar perempuan ni...anggaran aku salah sama sekali...huhuhu...punya la bising...'time' aku mengajar ada je yang buat hal sendiri...hahaha...(teringat masa aku sekolah rendah dulu)...tuk hari pertama,aku masuk satu kelas saja...tuk keesokan jadual mengajar,aku rancang nak bawa ROTAN sekali...hahaha...biar budak-budak takut SIKIT...Alhamdulillah..hari pertama aku menjadi cikgu...PASS!!!...(sambung)..maaf la..lambat sikit post...

Pada 27hb Julai 2010.....
Mengikut jadual aku pada hari ni, 'period' pertama(jam8:15am-9:15) aku masuk kelas 3L pulak...umi aku pesan, budak-budak lelaki ni pun susah nak di 'control'...so, seperti yang dirancang, aku pun bawa ROTAN sekali masuk kelas...BOOMM!!!...sekali lagi aku 'shocked'..hahaha..(sound effect terlebih sikit)...diaorang ni ok je...baik-baik(tak da lah baik sangat)...tetap ada yang nakalkan...tapi semua dengar cakap aku,tak macam kelas 3P sebelum ni...lepas tu(jam10:35am-11:35am), aku masuk kelas 3P pulak...aku sangka diaorang ber'attitude' macam semalam,tapi sangkaan aku meleset...semua dalam kelas tu dengar cakap aku(maybe aku bawa ROTAN kot)...hahaha...memang best ajar kelas 3P ni...'time' aku bagi kerja dalam kelas je...ada je yang 'shout','Sir, soalan yang ni nak buat macam mana?'...hehehe...memang best sesangat...lepas tu,aku masuk kelas 1P(jam11:35am-12:35pm)...aduh,ni kelas yang buat aku penat sesangat...sampai suara aku yang agak 'DEWASA' ni pun boleh serak(tak da suara)...macam lipas 'terkudung' diaorang ni...kejap gi tempat kawan lah,kejap nak gi keluar basuh tangan lah...aduh,PENING aku di buatan orang...hahaha...(betul cakap ustaz yang sebilik guru aku,'mengajar pelajar-pelajar IPT lagi senang daripada mengajar budak-budak sekolah')...(sambung)...

Pada 28hb Julai 2010......
Hari yang ceria...hahaha...pabila aku sampai di sekolah bersama-sama umi dan adik-adik aku yang bersekolah di situ...ada suara yang sopan menyapa,'Assalamualaikum,Sir'...aku pun jawap la kan...pelajar yang aku xpernah masuk@mengajar kelas mereka pun sapa aku...Syukur...hari ketiga tuk hari aku mengganti cikgu yang patut aku ganti la...hahaha...hari ni(ikut jadual), aku tak da masuk kelas 3P kecuali 1P dan 3L saja...ermmm,tak da yang menarik pada hari ni sangat(umi aku demam,jadi aku hanya gi sekolah dengan 3orang adik aku je)....'just' macam biasa la,kelas 1P ni...semuanya masih 'rebung-rebung' lagi...nakal-nakal...susah nak 'control'...aku mengajar sekejap,lepas tu suruh budak-budak tu kemas bilik darjah diaorang...
fuh,Alhamdulillah,kemas jugak akhirnya...lepas ajar 1P,aku kena ganti seorang cikgu sementara waktu(tuk hari ni saja)...REASON:cikgu tu nak gi klinik...aku kena masuk kelas 1L...aku masuk je(ikut prosedur la kan:bagi salam dan 'so on'),aku suruh budak-budak tu kemas kelas diaorang...ni kelas umi aku(umi aku guru kelas 1L)...memang bersepah kelas ni...yela kan,baru darjah satu,tak sampai setahun jagung lagi ngaji kat sekolah tu...hahaha...mana nak pandai jaga kelas sangat...lepas kemas kelas, aku 'review' balik apa yang diaorang belajar dengan ustazah diaorang sebelum ni...Subjek Bahasa Arab lupaNya...'so' buat je macam aku 'reti'kan...ini lah kisah aku tuk 3hari aku menjadi seorang tenaga pengajar di SEKOLAH RENDAH IBN KHALDUN...

p/s:sebenarnya aku dapat gelaran jugak...hahaha...memang kalau orang yang baca blog aku ni,mesti kata aku KOYA la...gelaran tu pun dapat dari pelajar-pelajar,'so' terima je la kan...
CIKGU HANDSOME...>.<

No comments:

Post a Comment