Peringatan Untuk Kita semua..!!!





Pages

Friday, December 17, 2010

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel 'Disiplin Islam Dalam Pertunangan' dan 'Bagaimana Bercouple Cara Islam?'

"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat." - Rabie Rusdi

Thursday, November 11, 2010

10 KELEBIHAN COCA COLA ....:D

by LayarMinda on Thursday, November 11, 2010 at 10:01am

"Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!!

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah



Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dia nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa

cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & at that time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,

Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..

Tuesday, November 9, 2010

Banyak Berzikir Hati Tenteram

Pengertian zikir adalah mengingat Allah atau menyebut Allah. Jika seandainya kita selalu berzikir, sudah tentu kita selalu menyebut dan mengingati Allah. Ketahuilah bahawa dalam Al-Quran banyak ayat yang menganjurkan supaya sentiasa berzikir kepada Allah seperti tertera dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang membawa maksud "Maka berzikirlah kamu akan Aku supaya Aku menyebut akan kamu dan syukurilah olehmu akan Aku dan jangan kamu ingkari akan (nikmat Ku)"


Dalam surah Al- Anfaaal ayat 45 turut membawa maksud: "Ucapkanlah olehmu akan Allah dengan sebutan yang banyak supaya kamu beroleh kemenangan" Juga dinyatakan dalam surah Ar-Ra'du ayat 28 yang membawa maksud: "Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram"

Manakala Rasulullah pula bersabda: "Tidak duduk satu jamaah mengucapkan zikrullah, melainkan (di tempat itu) sudah dikelilingi malaikat yang dipenuhi rahmat dan diturunkan kepada mereka sakinah atau ketenangan hati".

Perlu diketahui pula jika sesaorang yang tidak pernah berfikir dan mengingati Allah, maka Allah akan menurunkan syaitan sebagai teman dalam hidupnya. Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Araf ayat 204 bermaksud: "Barang siapa yang berpaling akan zikir kepada Allah, maka kami turunkan kepadanya syaitan yang terus menerus menjadi kawan seiring baginya".

Dengan demikian bertapa hikmah daripada zikir itu, disamping mendapat pahala daripada Allah. Bagi yang membaca hatinya akan menjadi tenteram dan penuh sakinah dalam kehidupannya.


Sumber: http://www.familiazam.com/banyak_berzikir.htm

Sunday, November 7, 2010

Kau Aku Berbeza, Kau Aku Istimewa

LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya
sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Wednesday, October 27, 2010

CANTIKNYA LELAKI .... HEBATNYA WANITA

Di sini ada perkongsian sedikit dari saya...

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Monday, October 25, 2010

Hari Konvokesyen UTM 2010

Assalamualaikum W.T.B....
Sampailah detik-detik yang manis dan gembira, HARI GRADUASI aku...selama 3tahun berhempas pulas memerah otak di Kolej Teknologi Darulnaim dalam jurusan pengurusan teknologi (perakaunan) untuk mendapatkan seALBUM Diploma...

Pada 21hb Oktober 2010, aku bersiap sedia mengemas begku untuk berangkat ke Johor Darul Takzim menaiki bas ekspres...aku pergi bersendirian tanpa keluarga...kerana adalah sebab-sebabnya...sampai sahaja di Terminal Larkin, Johor, aku menunggu bas lagi satu, yang sedang membawa seorang sahabatku bernama, Naw Labqi...kami sama-sama menjejakkan kaki di bumi Johor tanpa keluarga masing-masing...kami akan bermalam di rumah Pak Teh aku...di Gelang Patah...

Pada 22hb Oktober 2010, aku di paksa bangun awal kerana raptai akan bermula pada jam 8.00pagi...jarak antara Gelang Patah(tempat Pak teh aku) ke UTM Johor dalam 20km lebih...setelah tiba di UTM, rasa lega hati aku..tapi saiful, amir dan ikhwan(sahabat sekelas di KTD) meminta bantuan untuk mengambil mereka di Kolej Kediaman UTM sebab tiada pengangkutan...setelah habis raptai, masa untuk bersiar-siar di bandar Johor, bukan bersiar-siar sahaja tapi mencari barang tuk majlis keesokkan hari, majlis yang di nanti-nantikan...P/S:aku balik lewat malam tu dan keluarga aku sudah sampai di rumah Pak Teh aku petang itu...

Pada 23hb Oktober 2010, tibalah saat dan detik yang di nanti-nantikan, Majlis Konvokesyen aku yang pertama kalinya...pada hari ini, baru aku dapat bertegur sapa dengan kawan-kawan sekelas dan sekampus dengan aku...majlis bermula pada jam 8.00pagi dan berakhir pada jam11.00pagi...akhirnya di gengamanku terbuku sebuah ALBUM diploma, dan kini sah sudah aku sebagai graduan berkelulusan Diploma...di bawah ni ada gambar-gambar yang aku upload dari handset aku sendiri...
this is me..:D
me and iqbal

DDW 07/08

iqbal, me and cik mariam


Tuesday, October 12, 2010

Renungan Bersama

Untuk renungan bersama ......
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai
pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak
peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.

Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di
Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron
untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak
sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas.
Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan.
Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan.

Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.
Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??. Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?"
"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat
lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa akit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu maha besar, maha agung, maha kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut. "Betul mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak di tarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah." "Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit
lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.iekah untuk mengerjakan ibada Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan." sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu
sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong
kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk.

Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini." Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung
segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha agung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah."Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat...kakak taubat nasuha,"katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas sembahyang subuh. "Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya. "Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya. "Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu,Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakakini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok?. Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni???
Allah..."
"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?. Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,

WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,

WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,

WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN

WAKTU HIDUP SEBELUM MATI



" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

PayBox

PayBox

Monday, October 11, 2010

:::PETUA IMAM SYAFIE:::

* 4 perkara menguatkan badan



1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas



* 4 perkara melemahkan badan



1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam



* 4 perkara menajamkan mata



1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih



* 4 perkara merosakkan mata



1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat



* 4 perkara menajamkan fikiran



1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama


* 4 CARA TIDUR



1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

*sebagai perkongsian untuk follower2 blog saya.

Menjadi Tenaga Pengajar Sepenuh masa 2011

AssalamualaikumWarahmatullahiwabarakatuh....
Alhamdulillah...sekian lama saya mendiamkan diri tanpa mengUPDATE blog saya ni..akhirnya, tiba masanya,ALLLAH memberikan sedikit waktu tuk saya UPDATE blog ini...kali ini,tidak lah terlalu panjang tuk di kongsikan....hanya tuk menceritakan sedikit KRONOLOGI saya sebagai seorang 'cikgu'...la ni, saya masih seorang cikgu, tetapi belum berTITLE 'cikgu tetap' lagi....insyaALLAH tahun depan,masuk sahaja TAHUN 2011, secara rasminya akan menjadi seorang cikgu yang tetap di SEKOLAH RENDAH IBN KHALDUN....akan di beri tugas sebagai 'cikgu akademik'....subjek apa, belum di tetapkan lagi....pihak pengurusan sekolah nak bagi subjek apa pun tidak apa....tapi harapan saya dapat mengajar subjek 'MATEMATIK' lah....*sesiapa yang ter'singgah' ke blog saya ni,silakan menjadi FOLLOWER saya....tuk perbaiki isi-isi blog saya ni,saya perlukan BLOGGER yang sudah lama dengan blog ni....so, sampai di sini sahaja lah perkongsian saya...harap apa yang salah tu di maafkan,dan yang baik tu datang dari ALLAH S.W.T....
Wassalam....

Saturday, August 28, 2010

Kenapa Wanita Menangis?

assalamulaikum

hari ni kita nk bincang sikit tentang air matawanita.hehe.seperti apa yang kita tahu, dah menjadi lumrah kepada setiap perempuan tu mempunyai hati yang lembut,mudah tersentuh atau dalam erti kata lain ialah sensitif..

air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki..so,persoalannya disini..kenapa wanita ni air matanya mudah sangat mengalir?kenapa?wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9 wanita, akalnya yang 1 di kawal oleh 9 nafsunya.begitu juga lelaki ,9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu.

kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh.dari aspek yang semacam ini,lelaki seharusnya memahami wanita ini.wanita akan menagis jika perkara tu betul2 menyentuh hatinya. tambahan pula dia akan lebih mudah menagis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang dirinya..perkara ni nampak kecil je kan?tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.

ok..untuk situasi lain,contohnya si isteri mengadu pada suaminya..

"abg,bahu ayg sakit la.boleh tak abg tolong picit jap"..lepas tu suami dia cakap.."ala syg,abg pun letih juga.."pastu,pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa. pada masa tu dia akan mula mengomel dan turunlah air mata..sikit je kan masalah nye?kalau kes macam ni terjadi macam ne?suami sure mengelabah kalau tengok isteri nangis..hehe.

so,memang tak ada cara lain.kena pujuklah jawabnya.tapi,nak pujuk pun kena ada cara.salah pujuk,lagi menjadilah jawabnya..bak kata Dr.Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menagis,dan seumpama mahu dipujuk,suami kena guna cara yang terbaik,contohnya,peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk,usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya.insyaallah,lembut hati isteri tu."

jom kita baca kisah ni..

kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untukmengetahui kenapa perempuan mudah menangis.Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untukmengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,

"Ibu, mengapa ibu menangis?"Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu menangis?""Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,"sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapaperempuan menangis?Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,

"cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"

Gurunya menjawab:

"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat dideka pdengan lembut olehnya.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa -masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yangmelindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberika npengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun da inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya.kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nangis r puas2.tak kuasa i nak layan you lagi"..adakah inicara terbaik? masa bercinta dulu tak hingat! lautan api sanggup diredahi.sekarang,isteri nangis ..biar gitu je..kenapa wanita cepat nagis?sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..tengok pada anak2 kecil..jika dia menagis,apa yang dia mahu kan?belaian kan?jika pada zaman berkasih,boleh beri layanan yang hebat,kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama?bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum?dapat pahala tu!!!

ok..kenapa lelaki tak mudah menangis?perasan tak kalau masa kecik2 dulu,bagi orang lelaki la ni..kalau la budak laki ni nangis,mesti mak atau ayah,atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap..'ish..apa ni laki nagis?buat malu je.macam perempuan je.laki kuat..tak boleh nangis"...sebabkan statement ni la yang sudah terbekesan dalam minda lelaki.memang pada dasarnya,betul..tapi,siapa kata laki ni tak boleh nagis?hebat sangatkah ke "ego" an tu? Rasulullah saw pun menagis jugak.tapi tangisan nya bertempat lah..:-)

tapi,apa2 pun,janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk turun.cuba selami hati wanita.wanita ni just nak dimanja,diberi perhatian.terutamanya dari orang yang dia sayang.dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,

"tangan yang di sangka

lembut menghayun buaian

mengoncang ,mencipta sejarah." hehe.

dan di sebalik kejayaan lelaki itu,pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."

"Karena wanita ingin dimengertiLewat tutur lembut dan laku agungKarena wanita ingin dimengertiManjakan dia.. dengan kasih sayang"

Tuesday, August 24, 2010

70 PERATUS BUFET RAMADAN CAMPUR ARAK - JAKIM - UTUSAN 18/08/2010

70 peratus bufet Ramadan campur arak - Jakim

PUTRAJAYA 17 Ogos - Hampir 70 peratus daripada pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas hotel-hotel dan premis makanan di sekitar Lembah Klang yang berselindung di sebalik terma bufet Ramadan diragui status halalnya.

Hotel terbabit yang tidak memiliki sijil halal telah mencampurkan alkohol dalam masakan untuk penyediaan bufet Ramadan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan oleh 20 penguat kuasa pasukan jabatan itu.

Menurutnya, berikutan itu pihaknya mengarahkan hotel terbabit dengan serta-merta tidak menggunakan alkohol agar tidak mengelirukan pengguna Islam yang menikmati juadah berbuka puasa di situ.

"Kita melakukan pemeriksaan setiap hari dan meningkatkan pemantauan mulai 1 Ramadan lalu di semua hotel di sekitar Lembah Klang dan didapati kebanyakan hotel gemar mencampurkan arak dalam masakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jakim baru-baru ini mengeluarkan amaran kepada pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dilaporkan berkata, bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan mereka yang menyalahgunakan terma ini boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Pihak kami juga menasihati mereka supaya segera memohon sijil halal daripada Jakim memandangkan mereka memberi alasan tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Amri menggalakkan umat Islam berbuka puasa atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel yang disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri.

"Saya harap masyarakat Islam negara ini tidak memilih hotel yang tidak memiliki sijil halal kerana mencari yang halal adalah wajib dan jauhilah perkara yang meragukan," katanya sambil memberi amaran akan terus memantau hotel-hotel yang mencurigakan.

Thursday, August 19, 2010

Mandi Junub

Sedikit ilmu untuk di kongsi.....

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Friday, August 6, 2010

TemuDuga untuk Pengambilan Pelajar Darjah SATU sesi Tahun 2011..

Assalamualaikum W.T.B....
Mengikut tajuk di atas...esok aku mempunyai tugas yang besar tuk SEKOLAH RENDAH IBN KHALDUN...iaitu TEMUDUGA UNTUK PENGAMBILAN PELAJAR DARJAH SATU 2011...tugas aku simple je,jaga bahagian bertulis...esok temuduga akan bermula jam 8:30 pagi, so aku kena sampai sekolah macam biasa la...hmmmm...itu sahaja tuk update hari ini...minggu depan dah nak puasa....maybe banyak lagi cerita dan pengalaman aku yang akan di kongsikan...selamat BERISTIREHAT...(^_^)

Monday, August 2, 2010

Bermula Semula...Mengajar 3 Bulan...as a TEACHER...

Assalamualaikum W.T.B....
Bermula lah episod baru dalam kehidupan aku...selepas menggantikan cikgu yang mengajar subjek bahasa inggeris...bulan baru iaitu bulan ogos adalah bulan permulaan untuk aku mengajar dan menggantikan cikgu yang akan bersalin tak lama lagi,insyaALLAH...selama 3 bulan aku mengajar 2 subjek iaitu MATHEMATICS & SCIENCE...dua-dua dalam bahasa inggeris,MasyaALLAH...tak lama lagi improve la bahasa inggeris aku ni(jika improve la,ajar pun dalam bahasa ibunda)...antara kelas yang akan Ku hadapi adalah 1P,2P dan 2L...nak diceritakan,hari pertama aku masuk kelas 2P sahaja...untuk hari-hari berikutnya,aku akan buat conclusion pada hari jumaat nanti...jadi sampai di sini dahulu cerita mengenai SHORT TERM OCCUPATION aku...insyaALLAH hari jumaat ni akan aku update lain pula...

Sunday, August 1, 2010

Resepi Masakan Untuk Orang Bujang

Salam'alaik....
Hari ni,aku nak kongsi sedikit resepi masakan yang baru je aku belajar dengan umi...
iaitu Burgerdil...^_^
Bahan-bahan:
1)Kentang
2)Bawang
3)sedikit daging(untuk isi)
4)Telur
Cara-cara membuat:
1)lenyekkan kentang sehingga lumat(mash up,macam KFC punya kentang lenyek tu).
2)campurkan bawang dan daging yang telah di potong dan di cincang ke dalam kentang lenyek, gaulkan kesemua bahan-bahan tadi.
3)gumpalkan bahan yang telah di gaulkan tadi menjadi bulat.
4)salutkan gumpalan tadi dengan telur dan lepas tu masak.
kan senang je...aku post ni pun supaya aku dapat ingat dan buat bila dah mula sambung degree nanti,insyaALLAH..jimat sikit kos BREAKFAST...ok,selamat mencuba,insyaALLAH...

Saturday, July 31, 2010

HamsterKu

Salam Sejahtera....semasa aku belajar di KTD,aku ada bela binatang peliharaan@Pet...tapi sekarang sudah menjadi kenangan tuk aku dan kawan-kawan aku yang selalu bermain dengan PET aku ni...>.<..ini gambar-gambarnya:






Hari Terakhir Kokurikulum Di sekolah...

31 Julai 2010.....
Semoga hari ini di rahmati ALLAH...Pada hari ini, sekolah rendah ibn khaldun mengisytiharkan DARURAT...haha...sebenarnya hari ni adalah hari terakhir kokurikulum di sekolah untuk darjah 3 ke atas...aku tak terlibat pun tapi aku tolong umi menjual...cari rezeki lebih tuk keluarga...kokurikulum ni termasuklah KRS,PBSM,PUTERI ISLAM dan persatuan-persatuan yang ada...memang meriah sebab penutupan ni di sertai dengan jamuan...aku pun dapat juga juadah daripada pelajar-pelajar...sebab umi aku yang bagi...hahaha...ermm..rasanya,ni je lah yang aku boleh kongsi KOT...kita sambung la lagi..insyaALLAH...

Friday, July 30, 2010

BermulaNya...Bekerja...

Salam Satu Ukhuwah dan Permulaan....(^_^)
Pada 26hb Julai 2010......
selepas 2bulan aku tamat pengajian dalam jurusan PERAKAUNAN di sebuah Kolej yang terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan...akhirnya,impian aku tuk bekerja tercapai...pekerjaan yang sangat mulia...iaitu sebagai 'CIKGU'...Pada tarikh ni aku mula mengajar tuk menggantikan tempat cikgu yang bercuti balik ke negara asal beliau(biarlah rahsia)...Memang rumit...KENAPA???...aku kena mengajar subjek Bahasa Inggeris@English...selama 3hari aku menjadi cikgu GANTI...kelas yang aku perlu masuk dan ajar...kelas 1P,3P dan 3L...sekolah yang aku mengajar ni kelas lelaki perempuan 'separate'...kelas yang mula-mula aku masuk(jam12:35-1"05), kelas 3P...aku ingatkan senang je nak 'control' pelajar-pelajar perempuan ni...anggaran aku salah sama sekali...huhuhu...punya la bising...'time' aku mengajar ada je yang buat hal sendiri...hahaha...(teringat masa aku sekolah rendah dulu)...tuk hari pertama,aku masuk satu kelas saja...tuk keesokan jadual mengajar,aku rancang nak bawa ROTAN sekali...hahaha...biar budak-budak takut SIKIT...Alhamdulillah..hari pertama aku menjadi cikgu...PASS!!!...(sambung)..maaf la..lambat sikit post...

Pada 27hb Julai 2010.....
Mengikut jadual aku pada hari ni, 'period' pertama(jam8:15am-9:15) aku masuk kelas 3L pulak...umi aku pesan, budak-budak lelaki ni pun susah nak di 'control'...so, seperti yang dirancang, aku pun bawa ROTAN sekali masuk kelas...BOOMM!!!...sekali lagi aku 'shocked'..hahaha..(sound effect terlebih sikit)...diaorang ni ok je...baik-baik(tak da lah baik sangat)...tetap ada yang nakalkan...tapi semua dengar cakap aku,tak macam kelas 3P sebelum ni...lepas tu(jam10:35am-11:35am), aku masuk kelas 3P pulak...aku sangka diaorang ber'attitude' macam semalam,tapi sangkaan aku meleset...semua dalam kelas tu dengar cakap aku(maybe aku bawa ROTAN kot)...hahaha...memang best ajar kelas 3P ni...'time' aku bagi kerja dalam kelas je...ada je yang 'shout','Sir, soalan yang ni nak buat macam mana?'...hehehe...memang best sesangat...lepas tu,aku masuk kelas 1P(jam11:35am-12:35pm)...aduh,ni kelas yang buat aku penat sesangat...sampai suara aku yang agak 'DEWASA' ni pun boleh serak(tak da suara)...macam lipas 'terkudung' diaorang ni...kejap gi tempat kawan lah,kejap nak gi keluar basuh tangan lah...aduh,PENING aku di buatan orang...hahaha...(betul cakap ustaz yang sebilik guru aku,'mengajar pelajar-pelajar IPT lagi senang daripada mengajar budak-budak sekolah')...(sambung)...

Pada 28hb Julai 2010......
Hari yang ceria...hahaha...pabila aku sampai di sekolah bersama-sama umi dan adik-adik aku yang bersekolah di situ...ada suara yang sopan menyapa,'Assalamualaikum,Sir'...aku pun jawap la kan...pelajar yang aku xpernah masuk@mengajar kelas mereka pun sapa aku...Syukur...hari ketiga tuk hari aku mengganti cikgu yang patut aku ganti la...hahaha...hari ni(ikut jadual), aku tak da masuk kelas 3P kecuali 1P dan 3L saja...ermmm,tak da yang menarik pada hari ni sangat(umi aku demam,jadi aku hanya gi sekolah dengan 3orang adik aku je)....'just' macam biasa la,kelas 1P ni...semuanya masih 'rebung-rebung' lagi...nakal-nakal...susah nak 'control'...aku mengajar sekejap,lepas tu suruh budak-budak tu kemas bilik darjah diaorang...
fuh,Alhamdulillah,kemas jugak akhirnya...lepas ajar 1P,aku kena ganti seorang cikgu sementara waktu(tuk hari ni saja)...REASON:cikgu tu nak gi klinik...aku kena masuk kelas 1L...aku masuk je(ikut prosedur la kan:bagi salam dan 'so on'),aku suruh budak-budak tu kemas kelas diaorang...ni kelas umi aku(umi aku guru kelas 1L)...memang bersepah kelas ni...yela kan,baru darjah satu,tak sampai setahun jagung lagi ngaji kat sekolah tu...hahaha...mana nak pandai jaga kelas sangat...lepas kemas kelas, aku 'review' balik apa yang diaorang belajar dengan ustazah diaorang sebelum ni...Subjek Bahasa Arab lupaNya...'so' buat je macam aku 'reti'kan...ini lah kisah aku tuk 3hari aku menjadi seorang tenaga pengajar di SEKOLAH RENDAH IBN KHALDUN...

p/s:sebenarnya aku dapat gelaran jugak...hahaha...memang kalau orang yang baca blog aku ni,mesti kata aku KOYA la...gelaran tu pun dapat dari pelajar-pelajar,'so' terima je la kan...
CIKGU HANDSOME...>.<