Peringatan Untuk Kita semua..!!!





Pages

Monday, October 25, 2010

Hari Konvokesyen UTM 2010

Assalamualaikum W.T.B....
Sampailah detik-detik yang manis dan gembira, HARI GRADUASI aku...selama 3tahun berhempas pulas memerah otak di Kolej Teknologi Darulnaim dalam jurusan pengurusan teknologi (perakaunan) untuk mendapatkan seALBUM Diploma...

Pada 21hb Oktober 2010, aku bersiap sedia mengemas begku untuk berangkat ke Johor Darul Takzim menaiki bas ekspres...aku pergi bersendirian tanpa keluarga...kerana adalah sebab-sebabnya...sampai sahaja di Terminal Larkin, Johor, aku menunggu bas lagi satu, yang sedang membawa seorang sahabatku bernama, Naw Labqi...kami sama-sama menjejakkan kaki di bumi Johor tanpa keluarga masing-masing...kami akan bermalam di rumah Pak Teh aku...di Gelang Patah...

Pada 22hb Oktober 2010, aku di paksa bangun awal kerana raptai akan bermula pada jam 8.00pagi...jarak antara Gelang Patah(tempat Pak teh aku) ke UTM Johor dalam 20km lebih...setelah tiba di UTM, rasa lega hati aku..tapi saiful, amir dan ikhwan(sahabat sekelas di KTD) meminta bantuan untuk mengambil mereka di Kolej Kediaman UTM sebab tiada pengangkutan...setelah habis raptai, masa untuk bersiar-siar di bandar Johor, bukan bersiar-siar sahaja tapi mencari barang tuk majlis keesokkan hari, majlis yang di nanti-nantikan...P/S:aku balik lewat malam tu dan keluarga aku sudah sampai di rumah Pak Teh aku petang itu...

Pada 23hb Oktober 2010, tibalah saat dan detik yang di nanti-nantikan, Majlis Konvokesyen aku yang pertama kalinya...pada hari ini, baru aku dapat bertegur sapa dengan kawan-kawan sekelas dan sekampus dengan aku...majlis bermula pada jam 8.00pagi dan berakhir pada jam11.00pagi...akhirnya di gengamanku terbuku sebuah ALBUM diploma, dan kini sah sudah aku sebagai graduan berkelulusan Diploma...di bawah ni ada gambar-gambar yang aku upload dari handset aku sendiri...
this is me..:D
me and iqbal

DDW 07/08

iqbal, me and cik mariam


2 comments: